Wednesday, May 22, 2013

Mari Bergossip

I am a sucker for gossip. Biasa la I ni orang melayu kan, mesti la suka (matilahhhh kena marah dengan perkasa perkosa) walaupun artis yang digembar-gemburkan dengan gossip tu adalah artis yang suam-suam kuku, berlakon macam kayu dan menyanyi macam itik. Famous pun sebab masuk majalah Mangga, pose tepi kolam mandi dengan caption 'Dot dot dot pernah digoda Datuk XYZ'. 

Thanks to FB dan twitter yang banyak jadi penyampai berita tak rasmi, kalau tak sampai kiamat la I tak tahu siapa Afiq Muiz dan Eina Azman. I wonder la who the fuck are those sampai berhashtag bagai. Maka I yang dah lama tak ambik tau pasal artis-artis Malaysia ni (except yang popular like Dayang Nurfaizah or Ning Kura-kura dan Zainab Zain) pun gatal-gatal tangan la pergi google siapakah mangkuk dua ekor ni.

Terus beribu sesalan bila baca link-link articles pasal budak dua orang ni especially kat blog BN tu. Bukan blog Barisan Nasional. Ala blog penuh cerita hiburan yang tak berfaedah tu yang tukang-tukang komen lebih sudu dari kuah dan banyak ustaz ustazah jadi-jadian tu. Menyesal bukak.

So dari apa yang I faham la kan:
1. Afiq Muiz dengan Eina Azman ni couple, walaupun awalnya kata kawan biasa je. Cakap artis ni bukan boleh pakai uols. Yang dok kawan biasa tu la selalunya akan dicekup tangkap khalwat. Eh kami tak buat apa-apa. Kami kawan jer la. Tak pun rakan perniagaan la, tup-tup Datuk K jugak yang kau kawin *ops~ 
2. Mak si Afiq ni tak suka dengan Eina. Menurut kata Afiq dan Eina, mak si Afiq ni tuduh si Eina telah mempisau cukurkan anak jantan. Katanya RM30ribu habis dalam sebulan je. 
3. Eina Azman menafikan tuduhan tersebut, dan mengatakan mak Afiq ni kurang siuman (aiyoh mulut betina ni), up to the point hantar message yang ada bahasa-bahasa kesat including calling her as perempuan sundal (well can I blame his mother?). 
4. Si Afiq kata dia dituduh derhaka oleh mak dia dan dihalau keluar dari rumah.
5. Mak Afiq pulak kata dia yang keluar rumah sebab dia merasa terkongkong.

Aiyoh drama Indon sangat. Yang penting ni, perlu lah sangat buat press conference bagai kan? Benda-benda internal ni, patutnya selesai internally sudah. Kau buat press conference mengata mak kau, apa kau dapat Afiq oi. Dapat dosa ada la.

Masa I dok google pasal Eina Azman ni pulak, terbaca la I pasal yang dia pernah kena gangguan seksual dengan seorang Datuk. Ceritanya, that Datuk adalah ahli perniagaan. Dia pergi berjumpa that Datuk kat hotel sebab urusan beli kereta mercedes. Kononnya dia tak puas hati sebab dah bayar harga separuh kereta, tapi kereta tak dapat-dapat. Terasa ditipu gituh. Tapi, bila dia pergi jumpa Datuk tu, lain pulak jadinya kan?

Ish I tak tahu la nak kata whether dia ni bangang ke naive sebenarnya. Kau dah banyak duit, beli je la dengan pengedar yang sah kan? Yang kau nak beli through Datuk tu kenapa? Lepas tu pergi jumpa kat hotel. Hello, tak cukup ke drama-drama yang dok tunjuk kat TV tu menceritakan what will end up to a girl yang pergi jumpa jantan kat hotel? It is either kau kena tangkap khalwat or jadi lauk.

Dan yang paling lawak sekali, instead of buat laporan polis, kau pergi buat laporan kat wartawan hiburan. Memang bijak!! Aku bagi standing ovation di atas kebijaksanaan hang adik oi!!

Ish I have no word for this..jadi betul, mrasa!

Kesimpulannya?

Tak payah nak tunggu PR perintah pun industri seni Malaysia tu memang dah lama hancur ye encik Normang (matilah takde kaitan). Berlakon tak ke mana. Gossip dan kontroversi je lebih.

Monday, May 20, 2013

Apakah?




Tak tahu la ni betul ke tak, photoshop ke tak. Waaaa ni macam pun boleh ka?

Takde ke benda yang lebih berfaedah untuk dibuat like kelas Iqra' or something? Ada baiknya kalau dok berbincang the beauty of Islam and the al-Quran.

Kan?

*matilah entry bertubi-tubi~

- Posted using BlogPress from my iPhone

Unproductive

Welcome to hari Isnin yang sungguh tak productive!

Dah le I macam pening-pening lalat nak demam hari ni. I blame it on weather yang panas dingin tak tentu hala. Time I tengah cycling, time tu la hujan kan?

So at the moment, 2 patients decided to no show for their appointment. Entah apa sebab. Kotnye nak telefon habaq mai pasai pa memang tak dak pasai. Maka tercongok lah I kat clinic ni sambil update blog.

Makan gaji buta sangat!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Jom Pergi Gereja!

Ish I tak tahu la kenapa every time I upload gambar I dalam gereja akan mengundang sindir-sindir yang berunsur tabligh. Koser tau. Adakah masuk gereja pun dikira sebagai rosak akidah juga?

You might say punya la banyak tempat yang I boleh ambik gambar, why dalam gereja jugak yang I pilih?

I cadangkan weekend ni, you pergi la masjid negara or masjid wilayah, tak pun temple rama-rama something kat Batu Caves tu. Bila you nampak tourist, you pergi tanya dia, punya lah banyak bangunan pencakar langit kat KL ni, why you datang sini ambik gambar?

Only then you will know why I suka ambik gambar gereja or dalam gereja.

Selamat hari Isnin!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 19, 2013

Hari hari adalah Hari Guru

Eh kenapa bila time Hari Guru takde la pulak orang kata hari-hari adalah Hari Guru macam Hari Ibu tu kan?

I sebenarnya tak faham why people says it is haram la, rosak akidah la and so on bila sambut Hari Ibu tu? Apa yang rosak akidahnya if you just wish your mother 'Happy Mother's Day' or pergi candle light dinner with your mum.

Kaitan dengan mother of church? Lain la kalau bila time Hari Ibu tu you all pergi church main renjis-renjis holy water sambil menyanyi hymn dan lagu Ave Maria.

Anyway selamat berhujung minggu. How I wish hari-hari adalah weekend.

- Posted using BlogPress from my iPhone